rakan ku :)

Sunday, December 9, 2012

Pelita Hati

Bab 2

.......Tiba-tiba telefon bimbit Mia berdering "Kringg kringg !" Mia hanya pandang seketika pada skrin telefon bimbitnya kerana dia lagi memandu ke tempat kerja. Telefon masih lagi berdering lantang, Mia yang sedang focus pada jalan hanya berdiam lalu hatinya terdetik "Eyh ada aku buang phone ni nanti bising je," keluh si hati Mia kerana menggangu.

         Air yang menghujani bumi disertakan tiupan angin yang dingin telah membuatkan Mia membaluti lehernya dengan kain baldu pemberian arwah ayahnya. Kain baldu itu adalah salah satu pemberian yang paling berharga baginya kerana ayahnya sudah lama meninggalkan Mia sejak kecil lagi.
       "Ermm, rindunyaa kat abah, teman Mia hari ini ea abah" pinta Mia dengan nada sedih sambil berjalan masuk kedalam pejabat. Ketika sibuk menekan butang kekunci di atas meja, terlintas di fikiran tentang panggilan yang tidak dijawabnya di dalam kereta pagi tadi. Serta merta dia ambil telefon pintarnya untuk mengenal pasti panggilan dari siapa.
       "Eh, no keling ni lagi, pagi pagi pulak tu call'' keluh si hati Mia. mahu tak pening fikir kan tentang itu.
       "haa itu nombor keling jual besi tu, haha" sapa  Farah dari meja sebelah.
       "Haa? keling besi?" berkerut dahi Mia "eh tak kan laa keling besi nak hantar meseg I love you bagai kat aku," Mia cuba menangkan fikirannya. Tetapi farah masih gelak kecil dengan candaan mereka.
       "Alaa, kau ni, fikir apa lagi, itu tak lain tak bukan secret admire la tu. Huhu" Nyakat si Farah lagi, kali ini Mia terdiam seketika. Kemungkinan betul ada yang suka dia secara senyap-senyap tetapi masih tidak boleh terima di dalam fikiran Mia.
        "Eh, dah nak masuk lunch," lantas Mia mencapai telefon bimbit itu untuk menghantar pesanan ringkas kepada Ogi rakannya.

        Masa berputar bagaikan roda, peredaran berubah mengikut musim. Cuaca pada tengah hari itu syukur Alhamdulillah baik tidak seperti pagi tadi hujan renyai-renyai. Mia pun keluar pada waktu Lunch untuk berjumpa dengan Ogi rakannya yang turut bekerja berhampiran di tempat kerjanya. Laa laa laa , bibir Mia mengeluarkan nada agar dirinya sedikit terhibur sementara menunggu rakannya.
        "hishh! lambat nya Ogi ni, siput betul la" keluh si Mia.
        "Apaa?! kau kata aku siput eaa Miaa, Ooo" sambil cubit lengan Mia yang gebu itu.
        "Aduh duh duhh , sakit laa Ogi Md Daud weyh!" rintihan si Mia "haa kan terkeluar nama famous kau" ketawa kecil Mia ketika itu. Ogi rakannya apa lagi, berkerut dahi bila nama nya dipanggil begitu. Maklumlah, wanita muda tinggi rampai macam gitu di panggil  Ogi Md Daud. gelak ketawa mereka berdua. Setelah bercanda, Mia terus memulakan perbicaraan mereka berdua tentang nombor tidak dikenalinya itu.

                                             *       *       *       *       *       *

        Besi berjentera memenuhi ruang laluan hitam di tengah bandar, matahari memancarkan cahaya menyinari taman-taman indah di sekeliling, Muaz Mukhlis berjalan bersendirian di sekitar kawasan itu dengan raut wajah yang menunjukkan sedang memikirkan tentang sesuatu. lalu hati dia berkata "Apa harus aku buat ye, kalau lambat nanti melepas lagi" Muaz begitu berhati-hati untuk menjalinkan hubungan kali ini. kerana pada dulunya Muaz mempunyai seorang kekasih hati yang sudah lama dia kenali dari zaman persekolahan nya di Australia.
        "Hye there!" "Hye back" perkenalan mereka berdua bermula dengan teguran yang pendek. Perempuan yang pernah singgah dihatinya suatu ketika dahulu adalah Akasha.Akasha adalah mahasiswi yang dikategorikan awek top 10 ketika itu, dan Muaz menerima cabaran dari seorang rakan karibnya supaya untuk cuba mengurat gadis cantik itu. "Ahh, kacang goreng ah" jawab Muaz ketika dia diberi cabaran itu. Muaz ini apa kurangnya, ada rupa gaya pun ada, jadi tak silap laa tindakan Muaz ini.
        "call me Muaz, I'm study engineering here" berkata Muaz dengan machonya.
        "Ouh, call me Akasha, and I also study engineering." senyum gadis cantik ini kepada Muaz yang sedang leka menatap wajah Akasha.
        Sejak perbualan pertama mereka di Universiti tersebut, hubungan mereka semakin rapat. Merka sering keluar bersama setiap minggu untuk menghabiskan masa bersama, makan bersama, gurau bersama seperti adik beradik sehinggakan Muaz bercadang untuk meneruskan hidup lebih baik iaitu berkahwin. Setelah 3 tahun mempertahankan hubungan mereka, apa yang dirancangkan hanyalah sebuah nota tiada tajuknya apabila hubungan mereka berdua mulai dingin.

        "Aaarrgh! sudah laa, if I say I don't want, please don't force me"
        "You, apa kurang nya I?" pujuk Muaz "I dah cuba buat yang terbaik untuk kita."
        "Sorry Muaz Mukhlis, I dah ada orang lain" lalu pergi gadis cantik itu.
        "Nanti dulu" Muaz menyampai tangan Akasha "apa maksud semua ni?" tanya Muaz dengan hati yang sedang rintih. Tapi apa yang diharapkan olehnya pudar apabila Akasha melepaskan genggaman Muaz dan berkata " kita dah tidak ada apa-apa hubungan lagi." pergi Akasha. Hati Muaz ketika itu ibarat debu yang beterbangan di tiup angin taufan membuatkan dia hilang kekuatan diri untuk menerima hakikat perit itu.

        "Hey Muaz!" terkejut dia kerana tuguran itu "apa kau buat kat taman ni termenung pulak dah" tanya Aleeya Batlishah rakan sepejabat Muaz atas sikap dia yang termenung tu.
        "Weyh! aku cakap dengan kau ni"
        "Iyee,aku dengar laa comot" jawab Muaz dengan nada lantang, Aleeya seorang yang amat baik hati dan selalu ambil berat ke atas Muaz. Aleeya sungguh gemar apabila Muaz memanggilnya 'Comot" kerana dia kelihatan manja jika di panggil begitu. Muaz yang masih berdiam diri di kerusi panjang di taman rekreasi mulai merasa hambar. "Muaz , Muaz !" sapa Aleeya sambil menggoyangkan bahu Muaz,
         "Alaa kenapa kau ni, ni aku nak touching ni, hmm"
         "alololooo, budak comot ni nak merajuk pulak" pujuk Muaz sambil menyentuh hidung Aleeya yang comel itu. Muaz sangat romantik dan lembut orangnya. Oleh sebab itu lah Aleeya tertarik dengan tingkah laku dah keperibadian Muaz. Hanya Aleeya belum ada peluang untuk memberitahu yang dia sukakan Muaz, yela tak kan nak biarkan perempuan dulu yang berkata-kata dalam bab ni, macam terhegeh-hegeh pulak orang kata nanti. Setelah mereka bergurau senda, Aleeya mualai mengajak Muaz untuk lunch bersama mengikut waktu sekarang adalah waktu berehat. mereka pun beransur pergi meninggalkan taman.


                                             *       *       *       *       *       *

Suasana hangat membasahi dahi masyarakat di waktu gersang ini, di tambah pula kenderaan yang beratur seperti semut di jalan raya menambah kan lagi kehangatan di sekitar bandar itu. Mia dan Ogi masih lagi rancak berbual di sebuah cafe sambil menjamu selera waktu tengah hari. Ogi diibaratkan berita bergerak disebabkan dia selalu 'update' tentang isu-isu orang sekitar yang dikenali mahupun dari rakyat biasa hingga la ke artis.
       "Mia, kau tahu si Aleeya tu suka kan si Muaz budak tempat kerja kau"
Tersentak seketika Mia dari suapan nya.
       "Jap jap, Muaz yang rambut durian tu?" ujar Mia begitu di sebabkan rambut Muaz yang berdiri terpacak
       "Haa ye laa dia, siapa lagi Muaz yang kau kenal" Mia meneruskan perbicaraan tentang mereka berdua. Mia gemar mengambil tahu tentang orang lagi-lagi mamat yang selalu dengki dia tidak kira di mana Mia berada mesti ada saja si mamat Muaz tu.

       Waktu berputar angin bertipuan burung pula berkicauan. Makanan dan minuman sudah pun habis dijamu oleh mereka berdua, lalu mereka bersalaman lalu pergi meninggalkan cafe tersebut untuk pulang ke pejabat. Gadis putih berkasut tumit ini pulang dengan langkah kakinya yang teratur membuatkan ramai jejaka-jejaka di luar sana jatuh hati pada Mia. hanya Mia sahaja tidak layan mereka semua kerana pada prinsipnya dia harus jual mahal kepada pandangan orang lain agar dia di hormati dengan sikapnya yang baik serta sopan.
        Setelah sampai ke pejabat, langkah Mia terhenti di penjuru pintu "Eh mamat ni dengan siapa ni?" Bisik hati Mia bertanyakan siapa perempuan cantik itu bersama Muaz. Mia rasa hairan ada juga perempuan nak kan mamat sengal ni. tapi tidak la sejahat itu sekali berkata sedemikian, setiap makhluk ada pasangannya sendiri dan pasangannya haruslah bersepadan dengan dirinya. "Kringg ! Kringg!" Telefon bimbit Mia berbunyi secara tiba-tiba membuat kan dia terkejut. "nasib baik aku tak melatah" ujar kata hatinya itu. Pada ketika itu juga Muaz terdengar deringan telefon dan dia sangat kenal dengan bunyi telefon itu tetapi bayang Mia tidak kelihatan di sekitar kawasan pejabat itu kerana Mia bersembunyi disebalik pokok bunga yang ada.
         "Hello Encik Khairi, ada apa ya?" Mia menjawab panggilan tersebut.
         "Awak kat mana sekarang? sila datang masuk office saya"
         "Baik encik" patuh Mia atas arahan tersebut lalu dia pergi ke aras atas tempat Mia bekerja. Meja Muaz juga terut berada di aras 1 pejabat itu. Oleh sebab itu Muaz selalu kacau dan menyakat Mia si gadis comel ini.
         "Tukk tukk!" Mia mengetuk pintu bilik Encik Khairi untuk meminta izin masuk ke ruang tersebut. "Masuk!" jerit Encik Khairi dari dalam menandakan dia di benarkan masuk. Setelah Mia melabuhkan punggungnya di kerusi lembut itu Encik Khairi memandang tajam pada Mia.
         "Siapa suruh awak duduk?" dengan muka tercengang Mia kelam kabut bangun semula dari kerusi itu dan menunduk malu.
         "Hahaha" gelak besar Encik Khairi membuatkan Mia berasa hairan "Apa laa kamu ni, saya saja je laa, saya bergurau" Mia rasa bengang dengan gurauan atasannya itu tetapi di sudut hati Mia rasa lucu dengan sikap encik Khari itu, Mia tidak menyangkan wajah yang selalunya teging dan agak tegas rupa-rupanya disebalik semua itu ada kelucuan yang dapat buat orang lain rasa bengang seperti Mia.

         "Mia, saya ada tugasan untuk awak" Encik Khairi menyerahkan satu fail yang terisi surat-surat penting dalam projek kepada Mia,
         "ok, itu kerja awak, saya nak awak turun site dengan Muaz minggu depan"
         "Huh?" Tercengang Mia bila dengar nama Muaz di sebut untuk melaksanakan tugas itu tetapi Mia hanya menganguk dan menerima tugas itu walaupun dia tidak akan selesa bila bersama mamat itu ketika bekerja di site. Mia mula membuka langkah pergi ke ruang kerjanya dengan raut wajah monyok menyebabkan Farah perasan lalu menegur.
          "haa, kenapa Mia? kena pecat ke?" ujar Farah
          "Amboi ayat kau, doakan aku kena pecat pulak." sindir Mia "Tak ada lah, ni haa Encik Khairi minta aku turun site dengan Muaz" kata Mia dengan keluhan yang nampak dari wajahnya.
          "Haa! jodoh kau la dengan dia, hahaha" gelak kecil di Farah, Mia hanya berdiam diri sahaja sebab malas mahu melayan perangai Farah nanti menjadi-jadi pula dia. mia hanya terduduk diam di mejanya dan memikirkan nasib dia bila bertugas bersama mamat sengal itu. "Kenapalah mesti dia, orang lain ramai lagi dia jugak yang jadi team aku" bisik hati Mia.

          langit kelabu kembali senja , burung pun mulai terbang kembali ke sarang. Jam tangan Mia telah menunjukkan masa pada petang itu iaitu pukul 5.00 petang. Mia pun berkemas segala peralatan di atas mejanya itu dan beransur pergi.Hatinya sedih bila dia memegang kain baldu pemberian arwah ayahnya.Pa da seketika dahulu ayahnya masih bernafas di dunia ini, Encik Mahmud dan Puan Zaitun telah di ijab kabul kan pada usia yang agak muda.Mereka berdua merupakan Ibu dan Bapa kepada Mia yang telah pun lahir di dunia selepas 3 tahun perkahwinan.
         "Mia anak ayah" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Mia, ayahnya dahulu sangat manjakan anak tunggal dalam keluarga ini yang merupakan harta yang paling berharga. Ayah Mia meninggalkan dunia akibat kemalangan maut di lebuhraya ketika ingin pulang dari tempat pembinaan. Malangnya disitu, Mia tidak sempat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir sebelum dikebumikan atas kerana Mia masih berada di Luar  Negara. Kain Baldu pemberian ayahnya itulah hadiah sebelum gerak terbang ke Luar Negara ayahnya berpesan "jangan pernah untuk risaukan ayah dan ibu di sini, kejarla ilmu ya Mia" Pesan seorang insan yang bermakna dalam hidup Mia agar tidak berpatah balik apabila sudah di pertengahan jalan.

        Air mata Mia turut gugur apabila teringatkan ayahnya yang amat disayanginya itu, Jadi walau apapun yang berlaku Mia masih gagah kerana masih ada lagi insan yang bernama Ibu di sampingnya sebagai tempat rintihan hati Mia. Pelangi senja menghiasai awan yang tebal menandakan ingin masuk waktu Magrib. Mia pun sampai kerumah lalu bergegas membersihkan diri untuk bersiap-siap untuk waktu solat Magrib dan juga Isyak.

Selepas solat Mia pun berDoa...
    
       "Ku rebahkan lutut ku hanya untuk mu Ya Allah, ingin aku pinta ampun atas dosa-dosa ku, Ibuku serta Ayahku yang sedang bersama roh-roh orang beriman, Kau berikanlah aku kekuatan-Mu untuk ku Ya Allah agar aku kuat untuk tempuhi ujian-ujian dari-Mu... Amin"

        Selepas menunaikan kedua solat fardhu itu, hati Mia berasa sedikit lega dari sebelumnya dan tiba-tiba  hati dia mulai terdetik untuk mencari teman hidup. Dia masih lagi ingat pesan ayahnya, "Carilah lelaki yang mencintai kamu, bukan kamu yang mencintai lelaki". Tetapi Mia masih belum jumpa lelaki yang benar-benar menyukai dia, "ada ke lelaki nak dengan aku?haha" ketawa Mia selepas memikirkan tentang ini. Tetapi dalam mencari teman hidup, Mia ingin ciri-ciri lelaki tersebut sama seperti arwah ayahnya supaya Mia dapat mengubat rindunya kepada arwah, ujar lubuk hati nya.

No comments: