rakan ku :)

Friday, December 7, 2012

Pelita hati

Bab 1


Mia telah lewat ke tempat kerjanya di Skudai. Sepatutnya dia harus berada di pejabat pada pukul 8.00 pagi jikalau tidak dirinya akan dimarahi oleh atasannya.
       "Aduh ! aku dah terlambat ni, dah nak pukul lapan sempat ke aku ni?" Bergegas Mia membersihkan dirinya pada waktu itu. Mia merupakan anak gadis comel yang tinggal bersendirian di rumah sewanya di Taman Universiti. Dia tidak suka untuk berkongsi rumah bersama orang lain kerana sifatnya yang suka menghiasi rumah.

       "Alamak, aku rasa aku mandi dah paling cepat tetap juga 15 minit aku mandi." Dalam hati Mia sudah tergerak hati untuk ponteng kerja pada waktu itu. Disebabkan banyak kerja yang perlu diselesaikan, jadi dia membuat keputusan untuk pergi kerja juga walaupun dia tahu dia akan di marahi.
       "Kringg kringg !" Telefon bimbitnya berbunyi
       "Alamak ! Encik khairi telefon aku la weyh ! mampus aku kali ni."
Tanpa melengahkan masa, dia terus masuk kedalam kereta untuk ke tempat kerja dengan mengendahkan panggilan atasannya itu.

       "Aduh trafik jem pulak, aku dah lambat gila ni, encik ni tak sudah telefon saja"
       "Kringg kringg" Mia masih dalam kekalutan, sama ada mahu jawab panggilan itu ataupun tidak. tetapi Mia mengambil keputusan untuk membiarkan panggilan tersebut. Tidak lama kemudian, Mia telah pun sampai ke tempat kerjanya lalu dengan pantas dia masuk kedalam pejabat.
        Setibanya dia di meja kerja, Encik Khairi telah pun berada di mejanya dengan gaya yang agak tidak menyenangkan Mia.
        "Haa, kenapa lambat ? Saya call awak banyak kali tak angkat kenapa ?" Mia tersipu-sipu sambil menggosok beg tangan yang berwarna merah itu.
       "Maaf encik, trafik jem laa tadi. Hehe"
       "Jem? saya datang ke pejabat ok je, tak ada pun jem-jem ni." Encik Khairi buat muka garang dan Mia menggigil melihat wajah beliau. "Dah cepat buat kerja tu ! Saya nak proposal tu hari ini jugak."
Mia hanya mengangguk kepala tanda dia bersetuju lalu encik Khairi beransur pergi ke ruang dia.

       Ketika Mia khusyuk membuat kerja, ada seorang mamat ni menyapa Mia "Hoi!" tersentak Mia dari kerja lalu memandang muka si mamat ni. Mia paling pantang apabila dia sedang khusyuk ada yang mengganggu lagi-lagi kerja itu perlu di hantar pada hari itu.
       "Woi senget ! kuang ajaq ang kacau aku pasaipa !?" Tengking Mia.
       "Wah wah wah, minah ni speaking Kedah naa. Hahaha!"
       "Eh suka hati aku laa nak cakap bahasa apa sekalipun, yang kau ganggu aku ni kenapa ? tak ada kerja ke Encik Muaz oi." lantang suara Mia ketika bercakap dengan mamat itu. Tetapi Muaz hanya melemparkan senyuman manis kepada Mia ketika itu walaupun dia tahu gadis comel molek itu betul-betul angin dengan dia.
       "Alaaa kau ni, kacau sikit pun tak boleh, huh." sambil menolak sedikit bahu Mia.
       "Eh mamat sekor ni, dah la kacau aku lepas tu suka-suka je kau sentuh aku ye?!" Beransur naik darah Mia dengan perbuatan Muaz itu, berubah serta merta raut wajah Mia dari comel kepada seorang yang agak gangster. Setelah perubahan emosi Mia, lantas Muaz tinggalkan meja Mia sambil ketawa kecil.

       "Tongg ! Tongg !" Jam menunjukkan sudah pukul 4.00 petang tetapi proposal masih belum siap. Hati Mia sangat rungsing ketika itu dan menjadikan dia menjadi kelam-kabut. Tetapi dengan perlahan dia ingat pesan ibunya agar tidak terlalu tergesa-gesa membuat kerja walaupun waktu sudah singkat. Mia mengukir senyuman di bibirnya atas sebab terbayang wajah ibunya. Tanpa berputus asa. Mia melanjutkan kerjanya dengan teliti tanpa pandang kanan mahupun kiri.
       "Huh! Akhirnya siap. yeay !!!" melonjak Mia dari tempat duduknya menandakan dia sungguh gembira kerana kerjanya sudahpun siap. Hati Mia berbisik "Eh, Encik Khairi ada lagi ke tak eak kat bilik dia?" Mia tertanya-tanya sama ada Ecik Khairi itu ada atau pun tidak. Kerana dia tidak nampak langsung orang berkulit sawo matang tu keluar dari biliknya selepas waktu tengah hari. Mia mula melangkah kecil ke arah bilik Encik Khairi.
        "Ehem ehem!" tegur Muaz dari belakang.
        "Opocot mak kau terbang!" melatah Mia kerana terkejut "Eeee kau ni kan! buat aku cuak je la!"
Muaz ketawa kecil sambil geleng kepala.
        "Kelakar la kau ni Mia, macam itu pun kau nak melatah, hahaha" gelak si Muaz atas kelakuan Mia yang agak lucu baginya.
        "Eeee geram nya aku!" sambil menggenggam tangan.
        "Alaaa kau ni nak menyalak je kerja kau, Period ke apa ?" bercanda si muaz ni lagi.
        "Ah kau , lebih pulak, malas layan kau."
        "Ok ok, sorry" sambil ketawa kecil "Aku nak bagi tahu ni, Encik Khairi tak ada laa, dia balik awal hari ni" ujar muaz memberitahu keberadaan atasannya itu.
        "kenapa tak cakap awal-awal!?" Mia terus melangkah pergi tinggal kan Muaz di situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada dia. Muaz tidak ambil hati atas tindakkan Mia itu dan berlalu pergi ke tempat kereta.

        Muaz adalah karyawan di pejabat itu dan telah berkhidmat selama dua tahun lebih lama dari Mia. Muaz mulai menyukai Mia sejak awal-awal lagi tetapi dia tidak berani untuk mengungkap isi hatinya kerana takut di tolak mentah-mentah oleh Mia yang agak agresif dan sensitif itu. "Ah, kalau aku ada rezeki aku boleh dapat dia ni" bisik hatinya supaya dia rasa tenang apabila memikirkan tentang Mia yang mungkin akan menolak dia.

        Tukk tukk tukk, bunyi sepatu Mia dari langkahnya yang pantas menuju ke kereta tanpa pandang kanan dan kiri. Muaz yang ternampak gadis itu lalu dia tekan hon keretanya.
        "Tonnn!!"
        "Opocot kucing kau terbang" melatah Mia lagi, Lantas dia pandang ke arah belakang utnuk mengetahui siapa yang menekan hon di kawasan itu. Muaz hanya mengeluarkan kepala lalu senyum ke arah Mia. Tetapi respon Mia sebaliknya dia menujukkan 'tumbuk' ke arah Muaz lalu pergi.
        "Apa jenis laa perempuan ni, ganas betul" kata Muaz keseorangan sambil gelak kecil di bibirnya. Lagak gaya Mia sangat kelakar membuat kan dia sering ketawa bila melihat gelagt Mia.

        "Huwaahhh  ! sedap nyaa baring, nikmat ya amat" keluh si Mia. Kerja dia hari ini agak penat kerana hendak menyesiapkan proposal itu. Mia turut bengang apabila dia hendak menghantar proposal yang sudah siap itu kepada Encik Khairi tapi malangnya dia sudah pulang awal.
         " Tingg Tingg" telefon bimbit Mia berbunyi dan dia menerima satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali. Massage itu membuatkan Mia fikir siapa gerangan yang hantar massage itu.
         "mamat mana pulak ni cakap 'I love you' kat aku ni," Mia hanya berkata sedemikian lalu mengendahkan pesanan  itu tanpa membalasnya. Dia terus bergegas ke ruang atas untuk masuk tidur.

................................................*     *     *     *     *     *     *     *................................................................

Keesokkan harinya Mia bangun pagi amat awal kerana takut terlambat lagi seperti semalam. Mahu kelam-kabut dia bersiap-siap ke tempat kerja sampai tak sempat makeup. Selepas Mia membersihkan diri, satu pesanan ringkas masuk kedalam telefon bimbitnya dan pesanan itu masih dari no yang tidak kenali semalam.
       "nyamuk mana la ni yang hantar massages ni?'' kusut kepala Mia fikir siapa yang menghantar. Lalu dia membuat keputusan untuk menceritakan kepada kawan dia nanti.

       "Hello Ogi" lembut panggilan nya.
       "Haa, kenapa Mia kau call aku seawal morning ni?"
       "Eyh, nanti jumpa jom dekat cafe kat depan mall tu ok, waktu lunch."
       "ok, Mia, love you bebeyh"

Selepas itu, Mia terus pergi ke tempat kerja seperti biasa. ketika perjalanan tiba-tiba.........

........................................................................................................Bersambung...


No comments: